H/P 0198394222 atau 0168878090
Monday, May 10, 2010
Pengurusan Acara Majlis Perkahwinan
Sunday, May 2, 2010
Modul Kursus Tari CAPERENA
Kursus Tari CAPERENA
Dalam usaha mempertingkat, memeliharakan dan membangunkan Seni Tari tanah air, CAPERENA mengelolakan beberapa Kursus jangka panjang dan jangka pendek. Kursus jangka panjang dikelolakan melalui Kelas Bimbingan Tari (KBT) yang terbuka kepada kanak-kanak se awal usia 5 tahun sehinggalah mereka menjangkau usia dewasa.
Para peserta ini akan dibimbing, dilatih, diasah kemahiran mereka serta dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan tentang Seni Tari mengikut tahap-tahap kemahiran mereka. Kelangsungan ini Caperena mengharapkan agar mereka menjadi Jurulatih dan Pakar dalam bidang Tari di kemudian hari nanti bukan sahaja lengkap di dalam bidang pengetahuan kemahiran malah juga dalam ilmu tari. Bagi tujuan ini, CAPERENA menyediakan sebanyak lapan tahap yang perlu dicapai oleh para pelatih yang ingin berjaya sehingga ke penghujung Kursus.

Manakala untuk Kursus jangka pendek dan singkat, CAPERENA mengendalikan Ceramah, Kurusus dan Bengkel dikendalikan berdasarkan modul-modul yang telah disusun. Kursus ini disasarkan kepada mereka yang telah dewasa khususnya para guru sekolah yang melibatkan diri mereka dalam kelab-kelab kebudayaan di sekolah-sekolah atau para penggiat seni yang ingin berketerampilan dalam bidang Seni Tari. Oleh itu, Caperena memberi ruang kepada para peserta yang telah memiliki kefahaman tentang TARI dalam konteks menambah ilmu dan meyakinkan diri dalam bidang Seni Tari. Antara modul yang disediakan ialah:
Kursus Berasaskan Teori Sahaja
(100% Teori)
(100% Teori)
Modul Pengantar Jurulatih Tari ( 2 hari )
Modul Pengantar Koreogerafer ( 2 hari )
Modul Pengantar Penilai Tari ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Tradisional ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Kreasi baru ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Kreatif Etnik ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Kontemporari ( 1 hari )
Modul Motivasi Penari ( 2 hari)

Kursus Berasaskan Amali Sahaja
(100 % Amali)
(100 % Amali)
Modul Bina Jurutunjuk Tari ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Melanau ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Bidayuh ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Orang Ulu ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Iban (3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Melayu - Asli, Inang dan Joget ( 7 hari )
Modul Belajar Menari Zapin Sarawak ( 7 hari )
Zapin Versi Kuching
Zapin Versi Simanggang
Zapin Versi Saratok
Zapin Versi Sindang
Zapin Versi Sebat
Modul Belajar Menari Zapin Sarawak ( 7 hari )
Zapin Versi Kuching
Zapin Versi Simanggang
Zapin Versi Saratok
Zapin Versi Sindang
Zapin Versi Sebat
TEORI DAN AMALI
(30% Teori dan 70% Amali)
Modul Bina Penari ( 3 hari )
Modul Bina Jurubimbing Tari ( 3 hari )
Modul Bengkel Tari Kreasi Baru ( 3 hari )
Modul Bengkel Tari Kreatif Etnik ( 3 hari )
Modul Bengkel Tari Kontemporari ( 3 hari )
Modul Bengkel Koreogerafi Tari (3 hari)
Modul Bengkel Koreogerafi Tari (3 hari)
Sebarang Pertanyaan Sila Menghubungi
Encik Sharkawi Bin Haji Amit
H/P 0198394222 atau 016 8878090
melayari: http://www.caperena.blogspot.com/
emel: caperena54@gmail.com
Friday, April 30, 2010
ADAB GELANGGANG
(Gambar Kiri: Pelatih CAPERENA dalam Adab Gelanggang)
ADAB GELANGGANG atau HORMAT GELANGGANG
ADAB GELANGGANG atau HORMAT GELANGGANG
Falsafah Adab Gelanggang memanifestasi hubungan peradaban antara manusia sesama manusia. Bermula dari upacara ini, seseorang peserta atau pelatih/murid akan berasa terbina dan terdidik. Guru akan membimbing dan memimpin untuk memberi tunjuk ajar, pengajaran dan pengetahuan serta ilmu kepada mereka kelak. Dengan demikian kedua-dua belah pihak (Guru dan Murid) akan saling melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu dengan yang lain bagi tujuan kesatuan rasa dalam kesepaduan yang akan dibina.
Secara konsepsual Adab ini menggambarkan satu simbol yang besar maknanya dan boleh diperluaskan untuk menyatakan Salam Hormat secara tidak langsung kepada Tuanpunya rumah atau Gelanggang khususnya kepada Guru yang akan melatih mereka dalam gelanggang yang digunakan. Di akhir latihan, sekali lagi konsep Hormat Gelanggang digunakan sebagai menyampaikan Terima Kasih kepada si Guru atau Jurulatih. Arakian, para peserta akan terlatih mendisiplin diri dalam gelanggang atau arena yang digunakan. Jelasnya para peserta akan bertanggungjawab dalam banyak perkara termasuklah kebersihan gelanggang dan sebagainya.
Konsep ini direka khas oleh Sharkawi Bin Haji Amit dan digunakan dalam Kelas Bimbingan Tari CAPERENA yang bermula pada tahun 2006 di Studio CAPERENA. Disiplin ini menyentuh pelbagai sudut asas yang merangkumi aspek mendisiplin diri, membentuk postur yang baik, melatih pergerakan secara berterusan, asas pemanasan badan dan banyak lagi. Seseorang yang ingin melatih diri untuk memngetahui selok belok Tari akan terasa tidak terasing dengan rasa olahan yang dibina dalam ADAB GELANGGANG.
Sharkawi Bin Haji Amit ialah mantan Pegawai Kebudayaan dan Ketua Bahagian Kebudayaan di Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak pada tahun 1995 hingga 2004. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Daerah, yang ditempatkan di Bahagian yang sama (Bahagian Kebudayaan) sejak tahun 1979 pada ketika itu Kementerian tersebut digelarkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Idea dan Rekacipta:
SHARKAWI BIN HAJI AMIT
Pengarah Urusan
CAPERENA
Tarikh: 01 Jun 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)