(Gambar Kiri: Pelatih CAPERENA dalam Adab Gelanggang)
ADAB GELANGGANG atau HORMAT GELANGGANG
ADAB GELANGGANG atau HORMAT GELANGGANG
Falsafah Adab Gelanggang memanifestasi hubungan peradaban antara manusia sesama manusia. Bermula dari upacara ini, seseorang peserta atau pelatih/murid akan berasa terbina dan terdidik. Guru akan membimbing dan memimpin untuk memberi tunjuk ajar, pengajaran dan pengetahuan serta ilmu kepada mereka kelak. Dengan demikian kedua-dua belah pihak (Guru dan Murid) akan saling melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu dengan yang lain bagi tujuan kesatuan rasa dalam kesepaduan yang akan dibina.
Secara konsepsual Adab ini menggambarkan satu simbol yang besar maknanya dan boleh diperluaskan untuk menyatakan Salam Hormat secara tidak langsung kepada Tuanpunya rumah atau Gelanggang khususnya kepada Guru yang akan melatih mereka dalam gelanggang yang digunakan. Di akhir latihan, sekali lagi konsep Hormat Gelanggang digunakan sebagai menyampaikan Terima Kasih kepada si Guru atau Jurulatih. Arakian, para peserta akan terlatih mendisiplin diri dalam gelanggang atau arena yang digunakan. Jelasnya para peserta akan bertanggungjawab dalam banyak perkara termasuklah kebersihan gelanggang dan sebagainya.
Konsep ini direka khas oleh Sharkawi Bin Haji Amit dan digunakan dalam Kelas Bimbingan Tari CAPERENA yang bermula pada tahun 2006 di Studio CAPERENA. Disiplin ini menyentuh pelbagai sudut asas yang merangkumi aspek mendisiplin diri, membentuk postur yang baik, melatih pergerakan secara berterusan, asas pemanasan badan dan banyak lagi. Seseorang yang ingin melatih diri untuk memngetahui selok belok Tari akan terasa tidak terasing dengan rasa olahan yang dibina dalam ADAB GELANGGANG.
Sharkawi Bin Haji Amit ialah mantan Pegawai Kebudayaan dan Ketua Bahagian Kebudayaan di Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak pada tahun 1995 hingga 2004. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Daerah, yang ditempatkan di Bahagian yang sama (Bahagian Kebudayaan) sejak tahun 1979 pada ketika itu Kementerian tersebut digelarkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Idea dan Rekacipta:
SHARKAWI BIN HAJI AMIT
Pengarah Urusan
CAPERENA
Tarikh: 01 Jun 2006