Monday, May 10, 2010

Pengurusan Acara Majlis Perkahwinan


Kami mengurus Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan sama ada di Hotel mahupun di Dewan. Dalam aktiviti Akad Nikah, kita mengurus Dewan serta Kelengkapan Dewan termasuk Kerusi, Meja, Alas Meja, Nombor Meja, Sistem Siaraya dan Pencahayaan Asas, Pentas berukuran 12 kaki x 16 kaki, Bunga Hiasan, Latarhias, Juruvideo dan Jurukamera, Pelamin Persandingan termasuk kelengkapan Bersanding dan Merenjis, Penyaji Makanan (Buffet), Ketua Majlis dan Penyela Tetamu,  Pengacara Majlis, Kumpulan Arakan dan Kumpulan Hiburan (Musik dan Nynyian) atau kumpulan  Bergendang.

Untuk Majlis Persandingan, kami sedia menguruskan tempahan Dewan termasuklah juga Kerusi, Meja, Alas   Meja dan Nombor Meja, Sistem Siaraya dan Pencahayaan Asas, Pentas berukuran 20 kaki x 24 kaki, Projektor LCD serta Kelir (screen), Bunga Hiasan, Hiasan dan Latarhias, Jurvideo dan Jurkamera, Pelamin Persandingan termasuk kelengkapan Bersanding dan Merenjis, Penyaji Makanan (Berhidang), Cenderamata/Doorgift, Kad Jemputan, Ketua Majlis dan Penyela tetamu, Pengacara Majlis, Pembaca Doa, Kumpulan Berzikir, Kumpulan Hadrah, Kumpulan Hiburan (Musik dan Nyanyian), Kumpulan Tarian,  Kumpulan Bergendang dan Persembahan Tari Silat 







Untuk Keterangan Lanjut,
Sila Menghubungi:
Encik Sharkawi Bin Haji Amit
H/P  0198394222 atau  0168878090

Sunday, May 2, 2010

Modul Kursus Tari CAPERENA

            
GAMBAR  PENARI CAPERENA
(ATAS)

Kursus Tari  CAPERENA

Dalam usaha mempertingkat,  memeliharakan dan membangunkan Seni Tari tanah air,  CAPERENA  mengelolakan beberapa Kursus jangka panjang dan jangka pendek. Kursus jangka panjang dikelolakan melalui Kelas Bimbingan Tari (KBT) yang terbuka kepada kanak-kanak se awal usia 5 tahun sehinggalah mereka menjangkau usia dewasa.

Para peserta ini akan dibimbing, dilatih, diasah kemahiran mereka serta dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan tentang Seni Tari mengikut tahap-tahap kemahiran mereka. Kelangsungan ini Caperena mengharapkan agar mereka menjadi Jurulatih dan Pakar dalam bidang Tari di kemudian hari nanti bukan sahaja lengkap di dalam bidang pengetahuan kemahiran malah juga dalam ilmu tari. Bagi tujuan ini, CAPERENA menyediakan sebanyak lapan tahap yang perlu dicapai oleh para pelatih yang ingin berjaya sehingga ke penghujung Kursus. 

Manakala untuk Kursus jangka pendek dan singkat, CAPERENA mengendalikan Ceramah, Kurusus dan Bengkel dikendalikan berdasarkan modul-modul yang telah disusun. Kursus ini disasarkan kepada mereka yang telah dewasa khususnya para guru sekolah yang melibatkan diri mereka dalam kelab-kelab kebudayaan di sekolah-sekolah atau para penggiat seni yang ingin berketerampilan dalam bidang Seni Tari. Oleh itu, Caperena memberi ruang kepada para peserta yang telah memiliki kefahaman tentang TARI  dalam konteks menambah ilmu dan meyakinkan diri dalam bidang Seni Tari.  Antara modul yang disediakan ialah:

Kursus Berasaskan Teori  Sahaja
(100% Teori)
Modul Pengantar  Jurulatih Tari  (  2 hari )
Modul Pengantar  Koreogerafer  ( 2 hari )
Modul Pengantar Penilai  Tari  ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Tradisional ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Kreasi baru ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Kreatif Etnik ( 1 hari )
Modul Pengantar Tari Kontemporari ( 1 hari )
Modul  Motivasi  Penari ( 2 hari)

Kursus Berasaskan Amali  Sahaja
(100 % Amali)
Modul Bina Jurutunjuk Tari  ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Melanau  ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Bidayuh  ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Orang Ulu  ( 3 hari )
Modul Belajar Asas Tari  Iban  (3 hari )
Modul Belajar Asas Tari Melayu - Asli, Inang dan Joget ( 7 hari )
Modul Belajar Menari Zapin Sarawak  ( 7 hari )
  Zapin Versi Kuching 
  Zapin  Versi  Simanggang
    Zapin Versi Saratok 
    Zapin Versi Sindang 
  Zapin Versi Sebat



TEORI DAN AMALI
(30% Teori dan 70% Amali)

Modul Bina Penari  ( 3 hari )
Modul Bina Jurubimbing Tari  ( 3 hari )
Modul Bengkel Tari Kreasi Baru  ( 3 hari )
Modul Bengkel Tari Kreatif Etnik  ( 3 hari )
Modul Bengkel Tari Kontemporari  ( 3 hari )
Modul Bengkel Koreogerafi Tari (3 hari)
Sebarang Pertanyaan Sila Menghubungi
 Encik Sharkawi Bin Haji Amit
H/P 0198394222 atau 016 8878090